Cuti sem aku sangat boring. Ini adalah kerana family aku tdk pergi ke mana2 dan kalau ke mana2 pon pasti sekejap je. Adalah p melaka pada 1 hb sampai 2 hb (bengong tol sat sgt) tapi sempat la jgk naik menara taming sari. Best2~! Dan makan kat McD depan Zoo Melaka. heheh
Tapi.. pada 5 hb famili aku balik kampung kat Kg. Gajah (kampung aku yg cantik dan udara segar tp byk nyamuk) untuk menyaksikan akad nikah Angah (kazen lelaki aku yg mrupakan seorang doktor dan telah mlangkah bendul krana abangnya Along pon belum mau kawen lagi). Malam itu mama dan babah telah tinggal aku dan adik2 sebab mau p Vietnam on the very next day.
Aku sebenarnya agak chuak (sbnarnya sgt chuak sampai nangeh), kerana 1- aku tak biasa ngn sedara mara belah babah tiba2 kena tumpang mereka, 2- dpt intuisi bahawa aku dan adik aku akan dibuli di majlis kenduri krn maklumla mak pak kami tadak.. suma org msti mgarah kitorang la. Wuuu dan 3- Last tyme mak pak aku p oversea bersama2 ialah masa aku dajah 6. Takot woo berada beribu km jauh dr mak pak. Walaupon aku ni dah mrayap rata tp balik bangi pon tak penah balik sendiri. Dan keluarga Wancik (adik babah yg tumpangkan kami) pulak sgt baik smpai aku rasa bersalah (kerana aku mmpunyai adik2 yg banyak songeh).
6 Jun 2009
Majlis kenduri Kak Ngah ( angah’s bride) kat Langkap, Teluk Intan, Perak. Tema nya krim dan Brown. Cantik giler Kak ngah~ rugi la dapat kat angah yang sengalistik tu. (haha. Sori angah. Pengantin tak leh mara~~) tak dpt merayap sgt sbb umah orang kan..
Ha! Tp tyme berarak ramai2 .. Bekas Bunga Telur yg besar dan berat tu ilang balance n jatuh. Kecoh la kjap. Haha. (Cheah tiba jadi seorang yg senyap krna dia yg pegang bunga telor tu. kuikui)
7 Jun 2009
Majlis kenduri Angah (aku berpeluh2 buat keja wooo- peluh2 sexy. Haha) kat Ipoh, Perak. Ni sah2 terang nampak doktor kawen doktor.. 10 khemah tak termasuk 2 khemah rombongan pengantin pompuan. Tetamu: 2000 lebih. Theme: Gold n Purple. Aku jer yg pakai tak ikot theme sbb nk sepasang ngn baju Cheah. Ceh. Tp yg bestnya ramai kenal aku (sbnarnya depa knai pak aku ja. Haha. Nama aku tyme tu -”anak Ajak”.). Aku jmpa gak anak2 buah aku kat kem- Putera Iqbal: form 4, ngan Fathurrahman : form 3. Haha. Suma dok tgk aku ngn aneh sbb tgh aku dok berlari sana sini bagi bunga telur, Iqbal dok ngekor aku smbil bersembang. Haha. Mesti depa ingat kami ni ada skandal. Haha. (nasib bek mamat tu hensem. N well, aku ni kan ada ’charm’ ngn anak2 ikan. hahahaha)
Aku dan kerusi angah. haha. tamau duduk bekas peluh2 pngantin. kuikui
8 Jun 2009
Asalnya nak p The lost world of tambun tp tak jadi sbb sgt ramai dan tadak duit- RM21 per head. Gilo. Last2 p Giant sebelah tu dan makan. Haha
9 Jun 2009
Memandangkan sehari sebelumnya kitorang tak leh mndi.. wan cik bawak kitorang p Teluk Batik. Mandi laut trus~! Haha. Adik2 aku suma terjun, aku tamau sbb badan aku nek tompok2 macam rimau bintang sbb makan banyak telur kat kenduri. Huhu. Lagi satu fakta aneh ttg aku : I’m alergic with Eggs.
Maka, aku yg bosan ni mula la tgkap gambar suka suki aku sambil dok kat kerusi malas (kena bayaq rm2- hampeh tol). Kebanyakan nya gmba kaki sbb aku malu nk pose2 tengah2 ramai org kat pantai tu. Biasa la sampah2 tu tp that beach still looked nice.
(kjadian tak best di sini ialah Ajiq mnangeh kuat2 krana Homesick. Siot tol)
Dan lepas tu kitorang p minum2 di Lumut. ABC Special. dan cendol. PATTY~ aku makan cendollll~~ haha
kaki aku comel. hahaha
2 orang cakap..:
waaa!
aku nak curi letak kat blog aku! wahahaha. tima kasih. aku terharu
dan mana ada org buli ko. ko kan ada karate! hiyak!
Post a Comment