" Drop the idea of becoming someone, because you already a masterpiece. You cannot be improved. You have only to come to it, to know it, to realize it." -Osho

Tuesday, March 27, 2012

Tersentuh Hati

Masa aku kecik-kecik aku selalu marah atau kecik hati bila mama babah tak bagi apa aku mintak. Bila dah besar aku dah biasa sampai aku kadang-kadang tak rasa nak mintak. Semua barang-barang aku tunggu hancur berderai baru cakap. Topup bila ada extra duit je.

kadang-kadang tipu lah kalau cakap tak tersentuh hati tengok adik-adik punya handphone, punya PSP ngn NDS.. Nak pujuk pergi kem Matematik beli PSP dengan NDS. Beli handphone sebab saja nak belikan.. Aku plak? Haish. Takpala.. Nasib lah diorang..

Aku dulu dapat keputusan yang elok-elok , amik undang-undang.. semua sebab mama babah nak.. Saja-saja setakat nak gembirakan hati mereka. aku pikir, nanti bila aku dah besar, dah ada duit sendiri.. aku buat lah apa aku nak, amik kos apa yang nak..

Even bila ada orang nak belanja aku apa-apa, mesti aku tolak. Tak biasa weh. Tak biasa mintak-mintak, tak biasa dapat benda dengan senang-senang. Rasa macam berdosa plak ambik barang orang.

Tapi lepas baca satu bog ni, sumpah nak nangis..

ingatkan aku sorang je kat dunia ni rasa mcm ni..

Anyway, untuk semua anak-anak sulung kat dunia ni.. Insya allah, satu hari mak ayah kita akan nmpak jugak.. Yang teman dia kat hospital.. Yang gantikan diorg jaga adik-adik... Yang asik takut bagi diorang marah ke sedih ke.. bukan orang lain. Kan? :')

BACA!

0 orang cakap..:

Powered by Blogger.

Recent Posts

Ai Yam Miz Sat Drivah

© 2011 Nama Saya Nabeela, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena