" Drop the idea of becoming someone, because you already a masterpiece. You cannot be improved. You have only to come to it, to know it, to realize it." -Osho

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan Julai-Ogos 2012

Assalamualaikum dunia.

Baik jawab, kan kita nak pahala bulan puasa ni? :P

Anyway, sebenarnya seperti biasa, i don't really have anything to say. Namun begiteww, sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, saya mewakili  penaja saya, Abdul Razak & Keluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka (bergantung kepada waktu mana yang bersesuaian dengan anda pada ketika ini + bayangkan ada music yang masa orang baca fadilat solat tu)

Aim saya pada bulan puasa ini banyak. Tapi determinasi untuk menjayakannya nampaknya mengalami kadar pengurangan yang drastik. Ini mungkin adalah disebabkan peratusan penggangguran lebih tinggi berbanding peratusan kerajinan, usahajaya dan keazaman yang nyata. Faktor kemalasan dicatatkan melebihi 7.9 skala richter! (see see? merepeekkkk)

Azam Nombor Satu:

MENJALANKAN AKTIVITI-AKTIVITI BERFAEDAH, BERILMIAH DAN ISLAMIK

Ini rasanya azam tahunan. Kenapa azam tahunan? sebab tak buat la. haha. Sebenarnya bukan tak pernah berlapar, berdahaga, berletih masa hari tak puasa.. tapi sebab ada label puasa, mood yang datang tu lain. Seperti bercakap telefon guna music background, kalau takde music rasa normal.. Cuba taruk music Jems Bon. Ha! tiba2 semua orang cakap laju2. Penuh Aksi. Gaya. Mutu. Rasa nak pakai spek hitam giteww.(padahal nak tanya malam ni makan apa nak berbuka.Haha)

So, memang niat di hati, nak baca Al-Quran Nur Karim, nak Solat Dhuha.. tapi semua tu saya kena buat sebelum pukul 12 tengahari. Sebab deadline saya time tu.. lepas pukul 12, aksi tersangkut di bahu sofa ini akan terjadi.

dapnyeww tido



Azam Nombor Dua:

MENGELAKKAN DARI PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH, MENJAGA MATA TELINGA DAN MULUT

Tapi.. tapi.. kita suka tengok K-Pop Music yang ade awek menari-menari pukul 11.30pagi tu.. Tak pun program Man vs Food kat TLC yang makan dapnyeww dapnyeww tu.. kadang-kadang abe hensem selang dua rumah tu balik dengan moto becha gileww tu kite nak cuci mata bagi terang skit jeeww. Tabiat memang susah nak buang tapi asalkan kita beringat, insyaallah dapat kurangkan aktiviti melampaui munasabah ini. So, sebab tu saya gantikan masa-masa ini dengan kemas rumah baca buku (iyelah tu. :P)



uuuhh. awek! awek!


Azam Nombor Tiga:

BERPUASA PENUH

Azam hok ni tak la hebat tara mana. Tapi disebabkan cheq ni lahir- lahir jadi pompuan, usaha berpuasa penuh tu kurang membuahkan hasil sejak tahun 2001. Sejak kena start pakai tudung dengan rasminya, sejak kena start beli Whisper, Kotex dan Laurier. Paham?

 
Bukan pasal tak tahan dengan ilusi optik makan lazat yeeee

bukan ini


mahupun ini


tapi yang ini



bukan nak komplen, since ianya adalah lumrah.. tapi tak seronok la bila at the end of the day, kena ganti sorang-sorang. hukhuk.


Apapun, Selamat Berpuasa. Dalam 365 hari hanya 30 hari daripadanya ialah hari yang mana amalan kita berlipat2 ganda. Adakah kita yakin kita sempat hidup lagi 335 hari untuk beribadat? Gunalah sebaik-baiknya :)

0 orang cakap..:

Powered by Blogger.

Recent Posts

Ai Yam Miz Sat Drivah

© 2011 Nama Saya Nabeela, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena