" Drop the idea of becoming someone, because you already a masterpiece. You cannot be improved. You have only to come to it, to know it, to realize it." -Osho

Monday, April 8, 2013

Sayang Apa Khabar Denganmu?


Assalamualaikum netizens!

Wowwie, it’s been a while since I have the chance (and the kerajinan) to write a post here. Dah berlumut dah blog ni gamak nya. Hahahaha. Password pun dah kena try 3-4 kali sebab dah lupa.  miehehe :P

 Sayang-sayang ku sekalian apa khabar? :)

Seriously, the final trimester of my chambering is starting. Yes yes yesss! Tapi.... Macam-macam la bos aku dah start longgok depan aku sampai aku dah tenggelam dalam files, terpaksa melambai-lambai kalau nak panggil chambee mate aku, Atikah, tu pun nampak hujung jari je kata cik Atikah. (Fine, aku pendek. Bwekkk)

Dalam banyak-banyak perkara tu benda yang paling hampeh aku terbuat adalah tersilap bagi date kat bos aku, pastu dia pergi court. 8 Mei 2013 aku tertulis 8 April 2013. Hahaha. 

I iz sorry, Mr. Vicky!! >.<

Mujur jugak la aku tak sihat terbatuk-batuk macam pesakit tibi, kesian bebenor rupenye, so dia tak jadi naik hangin kat aku. Fuhhhss sherlahmatt teman.

Pasal relationship plak, biasalah, baru, so sekejap naik turun2, sekejap emotional rollercoaster dan spaceshot, sekejap mengedik2 macam Nora Danish punya kucing (cheah cakap tu gedik tahap atasan). Meow! =3

Selain itu, aku jugak sudah semakin melebar (memanjang takpe jugak. Cis!). Pendatang Tanpa Izin pun dah start bukak perkampungan Setinggan kat muka aku yang suci ini (I.HATE.YOU.PIMPLES). 

6 months of chambering really taking its toll on my health and body. So, start bulan April ni aku nak puasa banyak hari, pergi gym, and minum air masak bebanyak.  So far aku dah start minum air banyak, lagi dua aku tengah cuba buat.

(Tiba-tiba bertukar menjadi Ustazah Bahiyah) Namun begitu, kita tidak boleh mengetepikan perubahan berunsur rohaniah! Perubahan fizikal dan kerjaya tidak bermakna sekiranya hati dan jiwa itu kosong-kosong-kosong seperti lagu Najwa Latif! (Over sangat) 

So, aku pun ada buat aim-aim lain, nak baca Al-Quran setiap hari, puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. So far, aku dah cuba baca Al-Quran, 10 muka surat setiap hari. Semoga tabiat ni melekat terus kat aku sampai bila-bila. Aminnn.

Dari segi kawan-kawan, aku rasa lately aku dah start merapatkan diri dengan rakan-rakan semula. Dan membuat kawan-kawan baru jugak. 

1. Aku ada peng whatsapp tetap, Fettuchini Carbonara (Fatin ‘Izzati) yang aku mesej seminggu 7 hari, dari balik kerja sampai nak tido, lebih banyak dari memesej boipren sendiri. 

2. Aku jugak dah melibatkan diri dalam wedding plan Kak Piyo, menjadi salah seorang dayang pengangkat hantaran yang penting (Sirih Junjung yeee.. kemain assignment aku). 

3. Aku jugak dah join Magic M Nutrition Club, Kuala Lumpur, dan dapat kawan-kawan baru macam Kishori and Divonthy yang hari-hari mesej aku suruh datang lepak minum2. 

6 bulan aku melayan chambering, don’t really bother to update dengan sahabat2, so, okey la kot for a shut-in like me. Haha

Dari segi parents, ya, masih mempunyai hobi berselisih faham dengan mama dan babah, tapi sekarang aku suka ambil tindakan yang dinamakan “mendiamkan-diri-tapi-buat-jugak-lepas-tu”. Hahahahahaha! Tapi okey la, Nampak sekarang parents aku dah start rely on me (sikit-sikit la, cukup modal je. Haha)

Dari segi emosi, aku masih suka menangis, kadar penangisan aku adalah berkala tetap iaitu selang dua hari sekali. Di hari-hari yang kadar kerinduan aku terhadap cik abang meningkat, kadar penangisan pun meningkat sama sekali. Termasuk juga hari-hari yang mana aku ditugaskan memotong bawang.

April 2013 Testament (Official)
Inilah padah terlalu lama dalam ofis. Semua nak bajet official and formal. Puii

Okey. Setakat itulah kot hapdet aku, walaupun-aku-tau-korang-tak-tanya-pun-tapi-aku-nak–habaq-jugak, kalau nak dikirakan banyak lagi aku nak tulis tapi kang kantoi pulak kegiatan pencurian tulang di office aku ni. Hekhek.

Akhir kata sempena PRU yang akan datang ni, selamat mengundi!

Bye, Sayonara, Jumpa Lagi!


2 orang cakap..:

soleil m said...

wahhhh, seriously banyak ni nak kena updateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

kapankah kita bisa berjumpa cik gebusss?

nObby said...

Halamak bapak. Very iz sorry for this late reply!!

Internet naik turun kak, begini lah hidupku. Huks.

Berjumpa? Perlu ditanya kepada Yang Maha Esa dan takdir. hehe :) but u can oweys wasap wasap me! Lebiu Kok Su!

Powered by Blogger.

Recent Posts

Ai Yam Miz Sat Drivah

© 2011 Nama Saya Nabeela, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena