" Drop the idea of becoming someone, because you already a masterpiece. You cannot be improved. You have only to come to it, to know it, to realize it." -Osho

Saturday, April 21, 2012

Tak Perlu

Cuti mid-sem dah mula. Dan bermula lah hari-hari ku yang menaikkan berat badan.

Anyway, takde niat pun actually nak story pasal cuti sem, sebab ianya subjek yang membosankan seperti mana cuti sem itu sendiri, dan juga kerana kesian kan orang-orang yang tak dapat cuti itu. :P

Sebelum cuti sem, biasa lah aktiviti mengemas, mem packing, dan menarik cadar untuk dibawa balik. Maka, aku pun membuat rondaan terakhir di ampaian aras 1 tempat aku biasa sidai baju-baju. Biasanya aku tak sidai kat sini.. tak percaya sangat budak-budak kolej ni.. Dari mula masuk UiTM ni sampai la sekarang.. agaknya dah satu closet aku hilang. Baju, Seluar, Kain dan paling sedih sekali, kasut wedges purple yang aku baru beli dua hari.. baru pakai sekali je. (tak sempat amik gambar lagi ngan kasut tu!) Terkilan sangat sebab kasut tu memang cantik dan selesa. Pastu mama yang beli pulak tu.. kalau beli sendiri tak lah kisah sangat..err, kisah la jugak.. cuma dah mama kita beli.. perasaan bertanggungjawab tu extra la sikit. (kot?)

Macam-macam spekulasi lah timbul masa tu.. ada nampak budak mana tah main try-try kasut orang.. ada cakap mak cik cleaner lah..  Tapi dah nak hilang.. takde rezeki lah kiranya kan.. :'(

Dan selepas puas round-round, aku yakin takde pakaian aku kat situ.. tiba-tiba aku pun ternampak sesuatu, yakni :
Amaran Pihak Berkuasa. Haha






















Haha. Garang bebenor tuan baju ni. Tapi, aku pun pernah buat jugak.. cuma amaran aku berbunyi begini..
"Assalamualaikum, kepada sesiapa yang terambil, sengaja ambil, kasut wedges purple saya di rak kasut ini, sila lah pulangkan setelah puas mencubanya. Semoga Allah memberkati anda, dan memberikan rezeki lebih murah kepada anda utk memiliki kasut yang lebih cantik. Amin". tapi of course, cakap lah bahasa apa, baik ke, ganas ke, erancis ke, jepun ke, arab ke.. peluang nak dapat balik barang-barang tu hanyalah 0.01%.

Lain orang Lain style.

Apapun jangan lah ambil barang orang lain. Sesungguhnya mencuri itu sangat lah berdosa. Fikirlah, kalau la barang yang anda ambil tu, tuan nya seorang anak yatim.. mana kita tahu kan? Berdosa besar mengambil/makan harta anak yatim! Harta leh cari, Dosa kita boleh cancel-cancel kan ke?

Duit PTPTN ada, duit JPA ada, Duit mak ayah bagi ada, Duit raya pun ada.. sekadar baju kasut tu, pun nak kena ambil yang orang punya ke?

Bak kata babah,
Biar la susah, asalkan tak ambil duit orang
Biar la susah, asalkan tak buat jahat kat orang.

Sekian.Tak perlu ambil barang orang. Tak senang hidup nanti.

2 orang cakap..:

Fable said...

hew3 kakak sejati...btw awak amik course apa kat UITM....saya lepasan SPM yg beminat nak masuk ctu ><

nObby said...

amik LAW dik.. tu yang dah nak botak ni.. gugur segala ram but baca cases. hekhek

Powered by Blogger.

Recent Posts

Ai Yam Miz Sat Drivah

© 2011 Nama Saya Nabeela, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena