" Drop the idea of becoming someone, because you already a masterpiece. You cannot be improved. You have only to come to it, to know it, to realize it." -Osho

Monday, December 31, 2012

Two Thousand Thirteen!



Yeah. I like cute stuffs. And Cats. So? So? Soooo??

Omaigad ada lagi sejam setengah nak masuk 2013. First of all, Thanks aa Mayans, you got us trolled.

Tahun baru, apa orang buat? Azam lah! Tapi siapa cakap nak buat azam? Dah penat la buat azam, (Not happening bro. * with Marshall's voice) So, this year, I'm going to NOT having any resolution, just finishing the tasks at hand. I can sense it, there are going to be some major changes in my life, thus, I'm going to wait and see what's coming! ^0^)/

So, before the next hour and a half comes by, let's first reflect what 2012 had been about for me.

Finishing the most mental degree ever existed in the history of the world of education, LL.B (Hons)

Finished off with the most mental relationship I ever been into.

First ever payment for my hard earned sweat and tears. But mostly, sweat. (Awat plak nak nangis buat keje kat ofis kan? haha)

Making new friends from the Seminar-Seminar and Legal Aid Duty.

Having short but precious lunches with my besties from Degree - Amal, Nui, and Ajems. (I wish I can see a lot of other friends too!)

Gain some (A LOT of) weight. why? Why??? \(*A*)/


A lot had happen, but 2012 is a good one for me. I think I grew up a bit (not in height, unfortunately *sigh sigh sigh*) , gave a lot of thoughts before doing anything.

But apparently, not so much before saying anything. Haha. (sharp-tongued? me? BITC* , PLEASE)

Hopefully, 2013 will be a great year for everyone. See you next year, eh, i mean, tomorrow. Hehe :P

Read More

Thursday, December 27, 2012

Last Working Day of 2012

Hari ini adalah hari terakhir bekerja dalam tahun 2012.

"Awat tak buat pasal hari terakhir tahun 2012? Awat buat hari terakhir kerja??"

Ada dua sebab:

1. Sebab saya tinggal bersama keluarga, hari terakhir ke, hari minggu ke hari isnin selasa ke, hari jadi ke.. saya memang kat rumah je. Hari kerja je ada aktiviti-aktiviti berilmiah dan bermanfaat nak diceritakan. Iye dak? :)

2. Ikut suka hati kita la! hahaha

Hari ni dapat separuh daripada claim mileage untuk kerja-kejadah yang disertai dengan putaran rota kereta, penurunan meter minyak, dan merentasi tol-tol di negeri Selangor Darul Ehsan ini. Semua kerja macam pergi filling, pergi ikut bos buat kes, pergi mengurus di Pengurusan Kes (tapi tak kurus-kurus punnn) yang jumlah claim nya dah nak sama ngn gaji aku tu, akhirnya dapat juaaa~~

Ringgit Malaysia, Why Yu So Pretty~

But sebaik sahaja uwang di tangan.. terbayang-bayang perjanjian mahu beli barang untuk Cheah, sedikit elaun kepada ayah bonda. Ohhhh~~

Kemudian pergi serve document kat Peter Chuah di Sg Chua. (Good marketing, nama sama ngn tempat!)

Kemudian pulang ke Kajang Prima, baca files dan study sikit sebab Exam Ethics lagi 13hariiiiii. Oh no no nooooo!

Tapi semalam berfikir panjang tentang masa hadapan. What exactly I want to do in the future? (Heyy berangan lagi, bila nak study ni wehhh). I want to further my studies. I want to be a high-ranked officer in some company or firm. Have a good pay and don't have to worry about daily expenses, or can help my family somemore. I want to get married and have kids.(Baru baca blogpost Maria Elena, what a fantabulous wedding! Congratz Kak Maria!) I want to stay somewhere near my friends and grew old with them, my kids befriended theirs, my grandchildren befriended theirs.

My problem is, those are TOO general.

Further studies? Where? What Course? Master in what field?
Officer? Which company? When? How to apply? Aiming for what position, exactly?
Good Pay? What is good pay? What is the minimum pay so that I can live comfortably every month? Rate of living expenses in KL? What about savings for rainy days?
Get married? To whom? Will your parents approved of him? Bigger question : WHEN??
Staying with friends? Who? Where? Would they want the same too?


Selalu jadi macam ni bila cakap pasal future : People keep asking the question, but I don't have the answer.

Maybe I should make a list of things , specify the options and choose later. *sigh*

Heyyy Sudah laaa! Study!!

Ok Bai ;P

But at least, I know where I want to further my study, kan London kan? :)
huuih ada jari



Read More

Monday, November 19, 2012

Mind The Gap

Assalamualaikum.

Saya sedar bahawa sesuatu blog post tidak seronok dan tidak akan seronok tanpa gambar rajah- gambarajah yang sesuai.

Malangnya kedua-dua telefon berkamera saya dan kamera digital telah pun menemui ajal. (Hilang, Rosak)

So, hangpa semua sabaq je la baca sengap-sengap kat depan komputa ni. Nak komplen sila hantaq sebuah kamera DSLR kat kami. Ok?

Rasanya dah lama giler tak tulis blog. Apa nak tulis pun tak tau. Padahal, bulan November ni la rasanya paling banyak event yang berlangsung dalam hidupku yang selalunya aman sentosa seperti taman perumahan di Putrajaya ni. early November, I went to London Citeyhhhhhh! It was awfully cold there, even when you're talking in the middle of a broad daylight, you can still see the air you exhales. I was like, OMG I CAN SEE MY VOICE. IT'S MADE OUT OF STEAMS. Hah hah hahhhh (hembus nafas banyak-banyak kali sambil menganga)

 LAPAAA- kata helang iteww

London is a beauty. There's no doubt about that. The buildings are rustic but majestic. The Trees are big and  thick. The atmosphere was dark and damp (I literally screamed inside my head, "Harry Potter! Harry Potter!"). The people are big, tall but pweetttyy and hencemss. The food tasted extra delishh (because 1. bigger in portions 2. COLD WEATHER. semua pun sedap sebab lapar giler dalam kesejukan). The historical places and statues are beautifully made. Just look at this!



Last but not least. THE BOOKSTORES. Buku. Banyak. Dan. Murah. Saya. Taknak .Keluar. Dari. Sini. (hugging the book racks)

I bought some souvenirs for my friends and family, but randomly. Sapa cepat dia dapat!! Adalah jugak souvenirs specifically for a few friends, tapi dah bagi dah la. Hewhewhew.

But the most unforgettable thing for me is most probably this.


Tube was our main transportation there, and its super easy to go anywhere with just a map of  underground tube/line. But yeah, every stop they will chant "Mind The Gap, Please". Sedar sedar, aku pun dah terikut sebut setiap kali the tube reaches a station. -_-".

Satu hari, I'm going back there again. Sure!



Read More

Thursday, October 11, 2012

Pagi yang Gelap, Petang pun Gelap

Langit yang mendung, se mendung hati ku yang kesedihan.

Oh hujan pula. (damn tak bawak payung)

Okey cukup la mengediks satu baris, I not very clever at tisss. Who is caring? (sorry Teacher Minazura for my new-new fusionEnglish)

Oh Mak Guard! Hari ini is the very very the penat nyew. Mari kita senaraikan perjalanan kehidupan seorang KaBila pada hari ini, Khamis, 11 Oktober 2012.

6.10 pagi      Bangun pagi, Solat, Seterika Baju Datok, Abang, Adik dan sendirian berhad.

7.30 pagi      Percubaan untuk mandi pagi. Malangnya suhu air tidak memberansangkan.

7.45 pagi      Percubaan Kedua untuk mandi pagi. Berjaya selepas mengeraskan diri di bawah shower.

8.00 pagi      Bertolak ke Mahkamah Bandar Baru Bangi, Seksyen 16.

8.45 pagi      Bergerak ke sana ke mari mencari lawyer untuk buat mention kerana Master lambat lagi nak    sampai.

9.30 pagi      Akhirnya dapat jugak tarikh mention untuk dua kes. Start enjin untuk ke Shah Alam

10.00 pagi    Trafik lancar tetapi sedikit sesak di Petaling Jaya menghala ke Subang. Ecewah!

10.30 pagi    Tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam, Seksyen 4. Terima kasih diucapkan buat encik yang keluar parking sebaik sahaja saya tiba.

10.40 pagi     Jumpa Datok yang tengah makan, baru lepas habis kes bicara MP. Katanya " Kuar satu Court, masuk Court lain" (food Court. haha pandai Datok buat lawak)

10.43 pagi     E-Filling kat Pejabat Pendaftar dan Kaunter Bayaran. Mesin tiket nombor(sorry la tak tau dah nak describe cemane. haha) rosak, so tunggu la akak-akak kaunter melalak memanggil nama firm.

12.00 tgh hari  Siap, turun tangga, masuk kereta, pusing roundabout, parking kat Plaza Alam Sentral. Panjat Tingkat 3, Beratur kat kaunter SSM.

1.00 ptg        Siap segala mak nenek. Duit bos bagi tak cukup pula, guna duit sendiri (oh mulia gila aku niii). Turun tingkat bawah dan TER masuk dalam KFC. Eh? TER beli ZINGER DOUBLE DOWN ala carte. Eh Eh? TER makan ZDD. Ehhhhhh?

1.30 ptg      Bayar parking and Zoommm to Kajang Prima.

2.30 ptg     Sampai di premis The Chambers of Waran. Solat Zuhur.

2.45-5.50ptg   Idle. (buang masa, menyembang, g toilet, men fb, buat senarai to-do untuk esok)

Yang selepas-lepas tu belum terjadi jadi aku letak je lah.

6.00 ptg Balik rumah. Oii lebatnyew hue jarnss.

7.00 Jumpa harta karun. Jadi kaya Selama-Lamanya.

YEAY. Dah.

TAMMAT



Read More

Tuesday, October 9, 2012

The Thin,Colourful Papers called RINGGIT MALAYSIA

The importance of Money? Ehhh even a 3 years old toddler could have told you that. Try holding out some notes to a baby during Hari Raya Aidilfitri, he/she will definitely reach out, take it, and put it inside his/her mouth.(Onyonyoo Omey Omey nyee).

Which is irrelevent to our story mory lorry curry here.

Well, actually I want to talk about Part Time work(アルバイト). I have been setting up some of end-of-year Goals, and most of them require pecuniary support to be realized so yeah I am looking up for some Part Time job although I am currently in some sorta Practical Period. Boring, bohh ringg

Last week, my friend from JLS, Asuad asked me to be a helper in this event organized by his company, Animasia. It was a great event, BOLA KAMPUNG: BATTLE OF THE BANDS. It was an event to appreciate local independent music scene, and the winner can get their song to be the OST of the Bola Kampung Movie premiering on 2013. How cool is that?? Even the winning band has a funny name- "Sekumpulan Orang Gila" / SOG (A Bunch of Crazies) Bestt Bestttt.

Unfortunately I did not bring along my digicam, so I have taken no pictures of the event. *regrets*

Amalina the GF was also there. ;D And she waited for both of us so patiently, and my guilty conscious tweaked inside me whenever I looked at her from across the street. Sooooooooooooorrrrry Amal! >,<

The Event ended at almost 8.40pm. (Omagaaadd I am staying late outside and my parents did not even called me at all. Mezurashiii).. then Amal and I went for our most awaited dinner--- SUSHI KING. Sorry Asuad, we cant wait. A hungry girl is an ANGRY girl.

NOM NOM NOM

Amal, being so generous, even shared some fuel money, excluded the service tax in the receipt. Sampai serba salah pulak aku jadinya. A great friend is HERE, dudes/ dudettes!

Anyway, by the end of the event Asuad held out a white envelope to me- my pay. :') Oh RINGGIT MALAYSIA.

To date, those RINGGIT MALAYSIA are still in the envelope. Part time jobs are tiring, but they make you feel like it worth everything.

So, let's find me a new one next week!! Ka Chingss yeah\($_$)/


Read More

Sunday, October 7, 2012

Dunia Belum Berakhir

Okey ni memang apa yang korang fikirkan.

Tajuk Lagu dari satu kumpulan dari Indonesia.

Begitu lah. haha.

Tapi sebenaq nyaa, cheq nak cakap pasai benda len. Awat pasepa tak boleh kaa cheq pakai tajuk lagu? Habaq mai tang mana tak boleh??

Anywayss,sebenarnya saya nak cakap pasal Kesilapan (a.k.a "Mistake" bak kata abg Omputeyy) dan hubungan nya dengan Keyakinan Diri (a.k.a "Self-Confidence" bak kata uncle Omputeyy).

Biasalah kita semua ni manusia, tembak sekali mati, kena pukul berdarah, kena marah menangis, dan paling selalu, buat silap kemudian menyesali/terasa rendah diri/terasa macam bod** (mama saya cakap tak baik sebut. Ehem). Berdasarkan pengalaman sendiri, saya adalah jenis yang kalau buat salah ke silap ke, selalu teringat balik. Macam Guilty Conscience. E.g: Terrosakkan barang orang, Terpinjam duit banyak, Terbuat salah masa assignment group, Bagi kereta accident dan tengok babah bayar ribu-ribu kat orang workshop, Biarkan diri sendiri ditipu hidup-hidup, dll.

Kadang-kadang susah betul nak lupa semua tu, dan benda tu asyik je rewind macam radio rosak dalam kepala ni. :'( Tambahan, kadang-kadang ada pulak orang yang 'baik hati' guna ayat kejam ingatkan kita pasal salah tu. (macam KPK yang dengar permohonan pindaan petisyen aku. huks)

Apapun, Dunia Belum Berakhir. Takde masalah yang kita tak boleh selesaikan, sebab Allah takkan bagi dugaan atau cubaan yang Dia tahu hambanya tak boleh hadapi (atau "Handle" bak kata Kakbila yang Puteyy cakap. hehe) Yang penting kita sedar kita salah, kita berhenti buat salah, kita ingatkan diri kita supaya jangan buat salah lagi.

..dan kita pun akan lebih matang :)




Read More

Thursday, September 6, 2012

Chamberingingggggg!


I am currently serving my chambering period at a firm in Kajang Prima. The firm called The Chambers of Waran. And my master looked like Harry Potter. Hahaha.


No lah, Mr. R. Vigneshwaran Raju just a regular Indian lawyer, BUT! He was a bit different. He was kind, friendly, helpful, and lecturer-like (he likes to explain things from scratch, but that’s actually a very helpful method). 

When I was called for an interview, my family was sceptical and a tad pessimistic.


Malaysians has this attitude of hastily generalizing a certain traits and attached it to certain races. 

“You know what they say about Indian lawyers? They are bloodsuckers!” NOT TRUE. He looked very human with no vampire-y fangs. 

“Ala, Lawyer India ke? Tak takut dapat gaji sikit tapi kena marah hari-hari?” NOT TRUE. He did not get angry even though I asked him the same question repeatedly (sebab aku ni slow sikit kadang-kadang. Huk).

Alah, you guys should see my father when he was angry. He can break a big wooden door, a television, and tear cable wire with his two bare hands. Now, that is what I called as SCARY.


Anyhowss, I got a chambering buddy! Her name is Nur Atika bt Mohd Rosli ,she lives in Jelok Impian, which is not very far from our chambering place. She has 5 cats (Yezzaaaaaa. Found me a fellow cat lover!) and sometimes, out of the blue,she will take out her BB and take some pictures of us. (While driving, while walking in the rain, while gossiping in front of Kompleks Mahkamah Jalan Duta, you’ll never know!). She is a nice person, we sometimes trapped in a polite awkwardness conversations, and although we both tried to refer ourselves as “aku-kau”, but more often its “saya-awak” (That is SO not me). In the end the sentence becomes like this. “ Awak selalu ke drive ke KL? Aku area ampang-Titiwangsa-KLCC selalulah, tp jalan yang you pakai ni I tak pernah try. Best gak pemandangan dia!” (This is MY sentence, exactly. Seriously. Apa ni?? )


Since I’m the only person with laptop and unlimited access of Broadband(Thank you Babah. I Lap Yu), I always got the documentation assignment. Not that I don’t like it, it was very educational and fulfilling, but when I had finished with my research or typing, I don’t have anything else to do and its killing me. So I connected my lappie to my phone and start Facebook-ing (Kids, do not follow your Aunt Nobby’s behaviour *with older Ted Mosby’s voice*)


Anyhowsss


I get to go to my firm at any hour , go out for lunch for two hours and get home early (seriously, baru tadi kena marah sebab tak packing2 nak balik lagi eventhough it was 6pm already. Wow!).


I Like my Chambering Place. <3 font="font"> (So far. Huks)
Read More

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan Julai-Ogos 2012

Assalamualaikum dunia.

Baik jawab, kan kita nak pahala bulan puasa ni? :P

Anyway, sebenarnya seperti biasa, i don't really have anything to say. Namun begiteww, sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, saya mewakili  penaja saya, Abdul Razak & Keluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka (bergantung kepada waktu mana yang bersesuaian dengan anda pada ketika ini + bayangkan ada music yang masa orang baca fadilat solat tu)

Aim saya pada bulan puasa ini banyak. Tapi determinasi untuk menjayakannya nampaknya mengalami kadar pengurangan yang drastik. Ini mungkin adalah disebabkan peratusan penggangguran lebih tinggi berbanding peratusan kerajinan, usahajaya dan keazaman yang nyata. Faktor kemalasan dicatatkan melebihi 7.9 skala richter! (see see? merepeekkkk)

Azam Nombor Satu:

MENJALANKAN AKTIVITI-AKTIVITI BERFAEDAH, BERILMIAH DAN ISLAMIK

Ini rasanya azam tahunan. Kenapa azam tahunan? sebab tak buat la. haha. Sebenarnya bukan tak pernah berlapar, berdahaga, berletih masa hari tak puasa.. tapi sebab ada label puasa, mood yang datang tu lain. Seperti bercakap telefon guna music background, kalau takde music rasa normal.. Cuba taruk music Jems Bon. Ha! tiba2 semua orang cakap laju2. Penuh Aksi. Gaya. Mutu. Rasa nak pakai spek hitam giteww.(padahal nak tanya malam ni makan apa nak berbuka.Haha)

So, memang niat di hati, nak baca Al-Quran Nur Karim, nak Solat Dhuha.. tapi semua tu saya kena buat sebelum pukul 12 tengahari. Sebab deadline saya time tu.. lepas pukul 12, aksi tersangkut di bahu sofa ini akan terjadi.

dapnyeww tido



Azam Nombor Dua:

MENGELAKKAN DARI PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH, MENJAGA MATA TELINGA DAN MULUT

Tapi.. tapi.. kita suka tengok K-Pop Music yang ade awek menari-menari pukul 11.30pagi tu.. Tak pun program Man vs Food kat TLC yang makan dapnyeww dapnyeww tu.. kadang-kadang abe hensem selang dua rumah tu balik dengan moto becha gileww tu kite nak cuci mata bagi terang skit jeeww. Tabiat memang susah nak buang tapi asalkan kita beringat, insyaallah dapat kurangkan aktiviti melampaui munasabah ini. So, sebab tu saya gantikan masa-masa ini dengan kemas rumah baca buku (iyelah tu. :P)



uuuhh. awek! awek!


Azam Nombor Tiga:

BERPUASA PENUH

Azam hok ni tak la hebat tara mana. Tapi disebabkan cheq ni lahir- lahir jadi pompuan, usaha berpuasa penuh tu kurang membuahkan hasil sejak tahun 2001. Sejak kena start pakai tudung dengan rasminya, sejak kena start beli Whisper, Kotex dan Laurier. Paham?

 
Bukan pasal tak tahan dengan ilusi optik makan lazat yeeee

bukan ini


mahupun ini


tapi yang ini



bukan nak komplen, since ianya adalah lumrah.. tapi tak seronok la bila at the end of the day, kena ganti sorang-sorang. hukhuk.


Apapun, Selamat Berpuasa. Dalam 365 hari hanya 30 hari daripadanya ialah hari yang mana amalan kita berlipat2 ganda. Adakah kita yakin kita sempat hidup lagi 335 hari untuk beribadat? Gunalah sebaik-baiknya :)
Read More

Thursday, July 5, 2012

AFFIDAVIT of NABEELA SHAKINA

 IN THE HIGH COURT OF MALAYA IN SHAH ALAM
 IN THE STATE OF SELANGOR DARUL EHSAN
(CIVIL DIVISION)
CIVIL CASE NO LWHO2D OF 2012

BETWEEN


NABEELA SHAKINA BT ABDUL RAZAK                                                     ..PLAINTIFF


AND


THE MEMBERS OF LWH02D BATCH 07/2012                                         ... DEFENDANT

AFFIDAVIT
I, Nabeela Shakina bt Abdul Razak, a Malaysian citizen of full age and whose address is at Bandar Baru Bangi, Selangor, do hereby solemnly and sincerely affirm and say as follows:

I think I got in the BEST group in my batch. We all have that sweet/bitchy attitudes, but amazingly we all fit well. There had no evidence of  violence. No yelling. No crying. No upset grunts.

Yeah yeah a few memorable disagreement, but hey it always finished overnight.

LLB is ending soon, and i hated the thoughts of it. Sometimes I wish I could freeze the time when we all go ballistic at Setia City Mall's Seoul Garden.

You show me friendship has no eyes. No conditional plead guilty. Need no mens rea.




Therefore, I humbly pray for this Honourable Court:

    1. to keep our friendship eternally;
    2. to keep everyone in contact;
    3. guide us as a diligent legal practitioner;
    4. costs; and
    5. any other relief which the Court deems fit.


To an affidavit by one deponent
NABEELA SHAKINA ABDRAZAK
(NRIC NO: ******-**-***)
Sworn on 
at Shah Alam, Selangor
)
)
)
)
)   ...............................................................
NABEELA SHAKINA ABD RAZAK
(NRIC NO: ******-**-****)



Before me,


..........................................................................
Commissioner for Oaths


This AFFIDAVIT was filed by Messrs. Akmal & Associates, solicitors for the said Plaintiff whose address for service is AL 529, Level 5, Faculty of Law, Universiti Teknologi Mara, 40450 Shah Alam.

(Ref: AA/LO/004/05-2012/NSNA)




 I love every each of you guys till death.<3
Read More

Siew Lingg.. Ke belakang Sikit?

First of all, post ni takde kaitan dengan lawak ke der. (bwahaha.. tengok muka kecewa korang itewww). And secondly, ia jugak tiada kaitan dengan benda yang kelakar mahupun laka laka.

Kadang-kadang kita buat orang marah. Tapi tu bukan la masalah yang mengganggu fikiran. Masalah kita ialah, kita marah orang cepat. Tapi kita cepat sejuk. Tapi orang tu belum sejuk. NAHH. NI la Masalah yang sebenar-benarnya tiada yang benar melainkan yang benar belaka.

Macam mana hendak memulakan conversation dengan orang yang masih marah kat kita??

 
Ada beberapa kemungkinan di dalam perkara ini:

1. Dia masih tak sejuk dan tengah tunggu anda menegur sambil memegang bat besbol berpaku.
2. Dia dah sejuk dan dia pun tak tahu nak start macam mana
3. Dia memang Venchis kat anda sambil Viler Vilerrr (apsal jadi org French nih?) dan berhasrat memVoodoo anda

Sooo, apa yang berpatutan dengan shituashi (omagad it sounds Japaneseee- Yeah Mimi, Im a Japanese-freak) ini?

Cadangan saya ialah (atau lebih tepat perkara yang kemungkinan besar aku buat):

1. Pergi beli perkara kegemaran nya dan ikat reben dan letak atas meja cubicle nya. Sho shweet.
2. Start a conversation with "Hey, u got a minute?" dan luah kan lah segala-galanya. Mintak maaf. Dua perkataan, dan anda boleh dapat persahabatan yang indah semula. (Kan Cheqa kan? "Sorry Cheqa!" did the trick kan? ;)
3. If you still feels like you-aint-do-no-wrong, lay it on his/her face. "Nobody's perfect. Hey, that's includes you!" , you might say. (but please don't say it out loud. Heh heh)
Anyway, it's still depends on you. But let me remind you, as a fellow Muslim

Daripada Abi Ayyub (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:

Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegoran dengan saudaranya (seagama) lebih dari tiga malam; mereka bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu juga berpaling, dan yang paling baik di antara mereka berdua ialah siapa yang memulai salam”. [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):

“Barangsiapa yang tidak bertegoran dengan saudaranya (seagama) selama setahun maka (dosanya) seperti membunuhnya”. [Menurut Imam An-Nawawy Hadis ini sanadnya sahih riwayat Abu Daud]"

So.. THINK ABOUT IT. :)
Read More

Thursday, May 17, 2012

Alhamdullillah. :)

Disaat daku melara kerana ketiadaan kekosongan tempat di Cheang & Ariff, (law firm corporate yang ohsem di Medan Tuanku, WP Kuala Lumpur), aku dikejutkan dengan 3 panggilan untuk temuduga.

1. Hasfarizam Wan & Aisha Mubarak - Menara Dato' Onn, PWTC
2. Micheal Chai & Co - Jalan Perak, Kuala Lumpur
3. Zaid Ibrahim & Co - Damansara

Despite the infinite amount of workloads, i cramped some interview sessions (actually by skipping classes. opssss).

I remembered my first interview with Puan Noor Arlisma from HW&AM (she's sooo nice and kind!), i basically too nervous to eat anything. So i went there with an empty stomach. (and it rumbled during the interview. haha).

I'm like the very the pe'rak kampung girl, excited upon the sight of big big wisma kerajaan. Haha

 The interview was conducted in a casual manner (the actuality of an interview is so different than the one I've been imagining since last night. I was imagine it'll involve some fire breathing interviewer, ended with someone running away crying or carried in an ambulance. hehe) Then series of jalan-jalan kota raya Kuala Lumpur (sesat sebenaqnya nak habaq mai). Then back to the same old same old ... Civil Trial and Advocacy's discussion. Again. (argghhhh! rasanya macam belajar satu subjek je sem ni! asik buat kerja CTA je! huwaa!)

Anyway, the future looks well.

... after I finished with Power of Attorney Files, Evidence Test, the Inter-parte hearing for Anton Piller Order, second Civil Procedure Test, Family Law test and Advanced Criminal Procedure test no.2.

Oh DAMN!! *tukar jadi Trunks*
Read More

Saturday, April 28, 2012

DOWN sekejap.

I'm feeling a bit down today. Last time I've send four application for pupilage to four different law firms. Two of them from corporate law practitioner , have a very nice place in white mansions.. a split image of my dreamed law firm. And one of them had send a reply, saying that they have no vacancies but will keep my application for future references. in other words.. "sorry, but u suck nabeela" Dush! a punch right on my stomach. (rolling on the floor in pain) And yes, some people say it is not the end of the world. There's a whole bunch of law firms like that. But despite that, should they also be rejected in any kind, it still hurts. A pride had been tarnished, a self-esteem had been degraded. Anyway, anyone knows any other law firms in the firm of white big mansion, please inform me. I want to keep my perspective, n keep hoping. Jaa ne!
Read More

Monday, April 23, 2012

Baby Sitting~

Sapa cakap jadi babysitter ni senang? Apa? Senang ye? wachaaa! (jeet-kune-do orang iteww) 

1. Suara menjadi serak ala-ala abg Asykar kerana hari-hari perlu menjerit memberi arahan. "Adikkk! Mandi! Adikkk! Beg dah kemas belum?? Adikkk! Siap cepat la lagi 10minit kelas start!"

2. Pinggang kesakitan setiap pagi. Dari pukul 8pagi sehingga 2 petang rumah ku agak kemas, 2 petang hingga 5 petang sudah sepah sedikit. 5petang- 12 tgh malam sangat bersepah semula kerana semua orang dah balik rumah. dan pada pukul 7 pagi hingga 8 pagi, pinggang akan dikerah sekali lagi untuk menunduk dan mengutip hasil-hasil buangan keluarga saya itewww.

3. Kebosanan melampau. Tak payah la citer banyak-banyak.. cukuplah sekadar bagitau bahawa ada satu ketika, aku duduk depan cermin dan bercakap dengan kakak yang cantik dalam cermin itew.ww. hahak

4. Pemandu tak bergaji.Inilah aktiviti yang paling TIDAK saya LIKE. Tengah sedap-sedap baring, baca buku, study dengan cermin mata nibung tebai ni, atau tengah layan lagu Lonely Boy- The Black Keys, mula lahhh "nabeela, hantar adik pergi sekolah jap lagi.. jangan tido!" atau.. "kabilaa, adik nak beli air dulu.. kabilaaa adik lupa bwk duit.. kabilaaa jom pergi beli barang!" . Tak nampak ke aku tengah pakai tshirt ngn suar apek ni??

Akhir kata, sayangi la kakak sulung anda.

Love.
Me. (sambil panaskan lauk mama masak pagi tadi)
Read More

Saturday, April 21, 2012

Tak Perlu

Cuti mid-sem dah mula. Dan bermula lah hari-hari ku yang menaikkan berat badan.

Anyway, takde niat pun actually nak story pasal cuti sem, sebab ianya subjek yang membosankan seperti mana cuti sem itu sendiri, dan juga kerana kesian kan orang-orang yang tak dapat cuti itu. :P

Sebelum cuti sem, biasa lah aktiviti mengemas, mem packing, dan menarik cadar untuk dibawa balik. Maka, aku pun membuat rondaan terakhir di ampaian aras 1 tempat aku biasa sidai baju-baju. Biasanya aku tak sidai kat sini.. tak percaya sangat budak-budak kolej ni.. Dari mula masuk UiTM ni sampai la sekarang.. agaknya dah satu closet aku hilang. Baju, Seluar, Kain dan paling sedih sekali, kasut wedges purple yang aku baru beli dua hari.. baru pakai sekali je. (tak sempat amik gambar lagi ngan kasut tu!) Terkilan sangat sebab kasut tu memang cantik dan selesa. Pastu mama yang beli pulak tu.. kalau beli sendiri tak lah kisah sangat..err, kisah la jugak.. cuma dah mama kita beli.. perasaan bertanggungjawab tu extra la sikit. (kot?)

Macam-macam spekulasi lah timbul masa tu.. ada nampak budak mana tah main try-try kasut orang.. ada cakap mak cik cleaner lah..  Tapi dah nak hilang.. takde rezeki lah kiranya kan.. :'(

Dan selepas puas round-round, aku yakin takde pakaian aku kat situ.. tiba-tiba aku pun ternampak sesuatu, yakni :
Amaran Pihak Berkuasa. Haha






















Haha. Garang bebenor tuan baju ni. Tapi, aku pun pernah buat jugak.. cuma amaran aku berbunyi begini..
"Assalamualaikum, kepada sesiapa yang terambil, sengaja ambil, kasut wedges purple saya di rak kasut ini, sila lah pulangkan setelah puas mencubanya. Semoga Allah memberkati anda, dan memberikan rezeki lebih murah kepada anda utk memiliki kasut yang lebih cantik. Amin". tapi of course, cakap lah bahasa apa, baik ke, ganas ke, erancis ke, jepun ke, arab ke.. peluang nak dapat balik barang-barang tu hanyalah 0.01%.

Lain orang Lain style.

Apapun jangan lah ambil barang orang lain. Sesungguhnya mencuri itu sangat lah berdosa. Fikirlah, kalau la barang yang anda ambil tu, tuan nya seorang anak yatim.. mana kita tahu kan? Berdosa besar mengambil/makan harta anak yatim! Harta leh cari, Dosa kita boleh cancel-cancel kan ke?

Duit PTPTN ada, duit JPA ada, Duit mak ayah bagi ada, Duit raya pun ada.. sekadar baju kasut tu, pun nak kena ambil yang orang punya ke?

Bak kata babah,
Biar la susah, asalkan tak ambil duit orang
Biar la susah, asalkan tak buat jahat kat orang.

Sekian.Tak perlu ambil barang orang. Tak senang hidup nanti.
Read More

Tuesday, April 10, 2012

Kelaraan Seorang Manusia LLB Honours

Hari ni kelas mmg tak banyak, tapi same je penat. semalam study sampai 2 pagi. (kononnn)Tapi yang masuk agak2nya tajuk je la. hahaha. nasib baik ada orang tu kejut kite bgn subuh.. klu tak memang le tak bangun2. hehe
teknik penstudian yang kurang ikhlas

Senarai Kelaraan Hari Ini:
1. Parking dicuri oleh pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan (budak bisnes), maka terpaksa memarkir di Cempaka dan memanjat bukit-bukau sebelum ke Level 6, Fakulti Undang-Undang

2. Tiba lewat dan sangat penat ke kelas Advanced Criminal Procedure II (nasib baik mem tak nampak kite lambat, kalau kena halau jugak pe)

3. Tiba-tiba dapat Assignment baru pasal Ethics. Hantar minggu depan. damnnnn

4. Nak pinjam buku di Perpustakaan TAR, Tak dapat read kad matrik kite. Kena buat Manual. haishh

5. Masih tak habis study Civil Procedure II (Test Khamis pagi), Tak mula lagi pasal Criminal Procedure (Test sabtu pagi). tiap-tiap satu ada 5 Chapter masuk test. Umpphh Sangat.

6. baru tiga hari balik Shah Alam, duit dah guna RM60++ bayar memacam.. Uwaaaa!


highlights for today : nicky bagi kite kek! Yeayyy!



sabar je lah kan? hehe *main snow globe pink kite*


Read More

Monday, April 9, 2012

Nak Komplen Sat

Banyak Kerjaa
Banyak Testttt
Banyak Makann

Tido je sikit.

Oh hidup ku. Hukhuk.
Read More

Wednesday, March 28, 2012

Sesuatu sangat.


Haa! Tuan saya tengah tak perasaan ni! *lompat atas keyboard*

Hai! Nama saya Ryan the Lion. Saya berasal dari Melaka, Zoo Melaka to be exact. (oh speaking pule saye pun. Hehe). Tuan saya beli saya kat souvenir shop depan Zoo melaka. Haiya! tak kan la saya singa yang dalam kurungan tu!

Saya ada tuan yang sangat pelik, nama pun sepelik orangnya. Saya rasa-rasa hari tu masa saya semak IC dia, nama dia Nabeela Shakina bt Abdul Razak. Tapi sejak-sejak saya menetap di meja nya dekat Office LWH02D, saya perasaan (ke perasan? ke perasa? ehh confius la bahasa Manusia ni!! @_@) rakan-rakan tuan saya (mereka berkulit hitam dan putih hari-hari, macam rakan saya Abang Zebra!) panggil beliau Nobby. Nobby? apa punya nama tu?

(inila tuan saya. dia kecik je. Selalu kena buli dengan kawan-kawan nya)

Dia letak saya dekat divider meja, atas buku, kadang-kadang kat riba nye yang empuk. (hee hee *ketawa sedikit miang*)


Dan dia suka buat muka dekat saya. Making face, you know? (Chewah! terima kasih uncle zookeeper yang ajar Englisss kat saya!)



Lebih kurang macam ni la. Suka tengok saya dekat-dekat dengan mata besar dia itu. Dia ingat cantik la rasanya tu, padahal hari- hari saya dapat nightmare muka dia. uhuk uhuk.

Sekian! nanti dia perasaan saya tengah curi menulis blog dia, mesti dia marah dan mengamuk sehingga saya di hempas ke dinding bertalu-talu. oh nasib baik saya tiada tulang dan reseptor sakit. Kalau tak memang patah riuk saya hari-hari.

(macam ini la rupenye bila dia tengah tensi dengan kerja kat office, kemudiaan lepaskan geram dekat saya. hukhuk. T^T)

Tapi kadang-kadang dia peluk dan belai-belai saya macam kucing. Tercabar status SINGA saya, tapi sebenarnya best jugak kena belai dengan tuan saya. Hikhik XP

(alamk tuan saya dah perasan saya tengah curi-curi tulis ni!)
Babai semua!


Read More

Tuesday, March 27, 2012

Tersentuh Hati

Masa aku kecik-kecik aku selalu marah atau kecik hati bila mama babah tak bagi apa aku mintak. Bila dah besar aku dah biasa sampai aku kadang-kadang tak rasa nak mintak. Semua barang-barang aku tunggu hancur berderai baru cakap. Topup bila ada extra duit je.

kadang-kadang tipu lah kalau cakap tak tersentuh hati tengok adik-adik punya handphone, punya PSP ngn NDS.. Nak pujuk pergi kem Matematik beli PSP dengan NDS. Beli handphone sebab saja nak belikan.. Aku plak? Haish. Takpala.. Nasib lah diorang..

Aku dulu dapat keputusan yang elok-elok , amik undang-undang.. semua sebab mama babah nak.. Saja-saja setakat nak gembirakan hati mereka. aku pikir, nanti bila aku dah besar, dah ada duit sendiri.. aku buat lah apa aku nak, amik kos apa yang nak..

Even bila ada orang nak belanja aku apa-apa, mesti aku tolak. Tak biasa weh. Tak biasa mintak-mintak, tak biasa dapat benda dengan senang-senang. Rasa macam berdosa plak ambik barang orang.

Tapi lepas baca satu bog ni, sumpah nak nangis..

ingatkan aku sorang je kat dunia ni rasa mcm ni..

Anyway, untuk semua anak-anak sulung kat dunia ni.. Insya allah, satu hari mak ayah kita akan nmpak jugak.. Yang teman dia kat hospital.. Yang gantikan diorg jaga adik-adik... Yang asik takut bagi diorang marah ke sedih ke.. bukan orang lain. Kan? :')

BACA!
Read More

Sunday, March 25, 2012

Contengan

Ye, aku mmg kuat berangan. sambil baca doctrine of subrogation. Punnn Bolehhh. XP
Read More

Saturday, March 24, 2012

Lagi seorang Amir.

Kite tau kite baru cter pasal abang Amir Jahari. Bruno Mars Malaysia yang lagu dah cukup sedap hanya berbekal kan gitar dan suara je.

Tapi ada seorang lagi amir yang kite lupa nak story. Amir Iqram.

Amir Iqram@ BO @ Bedroom Sanctuary, suara selamba ala-ala blues. . Tengok ghupe, selebet je macam kite. hahaha. Habis sempoi dah dengan rambut afro tuhh. Tapi suara.. Oh Emm Jiii.Lagu dia semuaaaaaaaaaa sweet-sweet. Kite dah taruk link kat lagu2, cikidaut cikidaut!

Khas untuk orang-orang Jiwang karat 18 mcm kite- Pulanglah
Untuk orang-orang yang baru nak bercinta, asik main petik2 bunga n sengih2 jawab ecemes (mcm kite jugak)- LAGU
Lagu untuk berangan-angan macam kat atas rumput sambil tengok bintang-bintang- Hapus
dan Untuk orang-orang yang tengah cari lagu nak guna buat mengorat awek cun rumah sebelah tu- Gadis

Dan dia ada a few english songs.. which I intended to listen when I got the time.. download je baru..

apapun, support barang tempatan! [I do not get any cent for saying this, believe me. Ikhlas dari hati kecil ku. :)]

" I CAN'T DRAW, SO I SING" - Amir Iqram
Read More

Selamat Pagi!

bangun pagi2.. rasa nak dengar lagu ni...

Selamat Pagi Semua, dengarkanlah nada
Suara dan irama, yang menyakitkan telinga
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Saat 7 pagi akan ku tersedar
Mungkin kerana kau, aku dapat merasa

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Awan pun turut terikut
Hingga pagiku sambut

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu,
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

When you have such a voice why do you need to look at how he looked like? :) Cayalah Abang Amir Jahari!

Any way, Selamat Pagi Sayang kepada si dia yang jauh di mata itu. :)
Read More

LL.B (HONS) v2.0

Semester Kedua LLB. Masih mengila berkelents dgn Akmal & Associates~ Love them to death!

FUU Book fair yang tak sempat pergi dek siapkan assignment. Waa




Situasi dalam kelas Advanced Civil Procedure apabila Mr Yunus mewajibkan kami semua bawak laptop setiap seorang dalam Lecture Hall

(yang sengal tu ialah Cheqa - Monkey yang Gedik)




Berdiskusi di meja luar tentang assignment Opinion Writing.

(Akmal berkemeja putih, Nicky bertudung putih, Pika bertudung kelabu, Kak Nain bertudung hitam, Cheqa pencuri mainan singa kite berkemeja hitam dan Nabeela bertudung polka dots). Diskusi kejap, main2 kejap, tension kejap. haha

Tapi selalunya bila kite tension ke malu ke.. akan jadi begini..

gambarajah satu.










gambarajah dua.











Sekian. Harap Pointer aku naik semester ni. Nak jadi extra rajennnss!!
Read More

Sunday, March 18, 2012

Impian Kecil seorang Gadis

Letihnya.

Kadang-kadang rasa nak lari je dari semua orang yang kita kenal. Pergi tempat yang asing, kenal jiran-jiran baru. Tukar sikit nama, being a total new person. Laugh a bit more. Mungkin belajar bercucuk tanam. Ada taman bunga sendiri. Kawasan padang sendiri, boleh lari2 kat situ, tanam pokok keliling tu, pokok buah satu area.. ada kolam, penuh batu2 dan pokok bunga. Bunga Matahari ecspecially. :)

Atau nak sambung belajar main gitar. Or piano? Or violin? hari-hari prektis sampai boleh main tanpa tengok skor.. sambil tutup mata! tapi dressing.. nak jadi musician yang tak dress up langsung. Macam Semisonic, macam Asian Kungfu Generation or like Weezer. The true interpretation of COOL-NESS.
Anyway, entah kenapa sekarang addicted to Semisonic. The sounds they made are so smooth. Tak semak!)

Tapi impian kecil seorang gadis di seluruh dunia sama sahaja.
To be a BRIDE to one perfect guy.
not a perfect, perfect guy.
Just a perfect one for her. That fits her. That completed her.

and for me, with the GROOM, come along a CHILD that completed the small family, who called me as MOTHER.
Ini pun impian kecil seorang gadis kecil bernama Nabeela.

"I know who I want to take me home
I know who I want to take me home
I know who I want to take me home
Take me home
Closing Time
every new beginning comes from some other beginning's end"

Hope one day I can sing Closing Time by Semisonic proudly.
Read More

Thursday, March 8, 2012

Kerinduan

Orang kata rindu tu tanda sayang. Ada jugak orang kata rindu tu tanda memerlukan.

Tapi pada aku, rindu itu PERINGATAN.

Rindu tu nak tolong kita ingat kepada seseorang

Yang mungkin apabila dia ada, dan kita tahu dia ada.. We took things for granted on his presence.

Dia ada dengan kita selama sebulan, bila dia ada kita layan dia dengan kasual

kemudian dia pergi sekejap 10 hari.. Nah, hari2, tiap2 masa la kita ingatkan dia.

So.. RINDU tu satu peringatan.

Supaya kita lebih menghargai orang yang berada di samping kita, dan kita mungkin tak perasan betapa pentingnya orang itu kat kita.

Semoga selamat pulang! (^ 3^)/
Read More

Saturday, February 18, 2012

AWESOMENESS

Read More

Within the Invisible Line

As long as i remembered, I always listened to my parents( i mean, try to.. hehe). No nabeela, you can't go to the KRS camp. No nabeela, you cannot go to Malacca field trip. No nabeela, you cannot go to that birthday party. No nabeela, you cannot watch tv during exam week. NO NO NO!

lantas menari lagu awan nano.

Parents always have this "Invisible Line" they wish to confine us in forever. To them, we will always be the 6 years old child who wet the bed, or come home from playing outside with bleeding knees. Ahem. Non such connection to me, however. (hehe)

(n yes, fortunately episod kemuncak elly dan epit which displayed Johan RL2's tutorial on singing Awan Nano had every thing to do with this. tak caya? pi tengok! )

..and thus, they created this "Invisible Lines" where you cannot step out from it. In other words, the general rule, without exception is...

You cannot DO ANYTHING without express permission from BOTH parents.

The drawbacks:

- I grew up so afraid, timid, and often left with regret for not voicing out my opinions when it suppose to be said.

- become a shut-in. (I think im married to my Astro. haha)

- since I'm not allowed to go anywhere, I tend to do weird stuff by myself. ( now my younger sister joined me)

The Brightsides

- The Brotherhood and Sisterhood and Siblinghood amongst us four is quite admirable. Well, the only persons we allowed to hangout with are the other three siblings. haha

- Ayahanda ketip kan kuku panjang, bonda sikatkan rambut. Kau ada?

- All of us never flunked in school, and perform quite well in our studies. (due to takde chance nak pergi sana sini bersuka suki party dengan teman-teman)

- And yes, we grew up to be simple- minded. Simply happy over simple things. (see how happy I am, dapat keluar sekejap makan secret recipe dengan Cheah?)

(and no, I don't actually eat that Classic Cheesecake with chopstick. Just fooling around)


and god bless Cheah for always picking the right things to eat.

Although it was a guilty-treat (fattening), every bit tasted heavenly~~~




MAKAN MAKAN MAKAN YEAH!

The INVISIBLE LINE is for our own good. We knew that. and We accepted that.
:)
Read More

Sunday, February 12, 2012

Friday, February 3, 2012

HaPPY Jubli Emas BABAH!

malas nak tulis. korg tgk je apa kitorang wat tuk babah kitorg. :)

front cover, completely done by me

the inside, collectively done with my adik2

SELAMAT HARI LAHIR BABAH! PLEASE REMAIN WITH US FOR THE NEXT 50 YEARS OKAY? x3

Read More

Terukir Di Bintang - YUNA

Yunalis Zaraai @ Yuna is actualy my senior from the UiTM Shah Alam's Faculty of Law. I've met her twice and once I bumped into her at my faculty. She is very kecik and kurus, i say.. and also fashionable. (why wouldn't her? She's the best friend of Hana Tajima!)

At that time I don't really give her any attention or any gossips among my batch about her being the rising super-indie-star, nonetheless I kept several songs by her in my MP3

And on he last AJL 2012 (the 26th AJL), althouh she did not win anything but she was the only person who compete with two songs-completely written and compose by herself.

I was proud of her. To Yuna, don't give up! A talented genius like you will touch more hearts, entertain more people, and that's what music all about. ^^

Gadis Semasa and Penakut are superb, but Terukir Di Bintang is the sweetest. :)

TERUKIR DI BINTANG

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Read More

KOMIK pun Buku JugAk!!!

Hari ini hari yang biasa, except hari ni aku pergi settlekan hal-hal bank, bayar duit sewa etc.., dan aku mendapati bahawa aku ada extra money. (YES!) Terus ke 7E, beli 3 novel grafik (a.k.a KOMIK) setelah hampir beberapa semester tak pernah beli.. kerana ada housemate pembeli dedikasi, maka aku jadi peminjam berdedikasi jugak la.. haha. Buku yang aku beli tu Strawberry vampire-kaoru ngn Sedalam Mana Cintamu -sugiyama miwako. BeSt GilE. *menari nari*

Masa kecik2, (oh, sekarang pun "kecik" lagi sebenarnya haha) aku memang gila komik, GEMPAK, Starz Kreko.. u name it, i got it all. Until one day, babah come to me and grabbed my comics and said "Cuba lah baca buku! Simpan komik-komik tu sekarang!". Oh. sentap! Komik bukan buku ke??

Kenapa orang cakap komik bukan buku?

  1. buku ada banyak helaian, kena selak-selak. which is the trait differentiating between books and short stories, poem and etc. Komik pun kena selak2, mana ada komik sehelai je? haha
  2. Buku ada tulisan dan gambar-gambar. Jeng jeng jengg komik pun ada! XD
  3. Buku juga merupakan bahan bacaan yang menghiburkan. Apatah lagi komik?
  4. Bila kita baca buku, kita dapat memperkayakan minda. Komik selalu berdasarkan fantasi, imaginasi, sesuatu yang luar biasa dan luar jangkaan. - Bukan kah itu membantu mengembangkan minda??
Tapi pada aku buku ialah apa-apa bahan bacaan yang menyalurkan emosi. Hanya buku dapat beri impak emosi, mentaliti dan ilmiah kepada aku. Bahan bacaan yang buat aku menangis, ketawa sensorang, kagum, berangan, tension (merujuk kpd buku2 law aku yang tebal macam kamus tu, mahal nak mampus plak tu. argh tension!), squealing macam orang gatai, dan teruja nak baca sambungan nya... SEMUA TU PADA AKU IALAH BUKU!

dan pada aku baik aku dok rumah baca komik sambil sidai kain daripada pergi clubbing ke, melepak kat mall ke, tengok porn kat internet ke.. ye tak?

NAMA SAYA NABEELA, DAN SAYA SUKA KOMIK

sengal gila dapat buku baru. hehe
Read More

Tuesday, January 31, 2012

Besar Nanti Nak Jadi Apa?

Semua orang ada cita-cita masa kecik kan? Paling seronok, bila kita tanya budak-budak, terutamanya yang belum bersekolah tu.

Antara jawapan yang paling menakjubkan dan menerujakan yang pernah I personally terima :

Nabeela : Besar nanti nak jadi apa?

Noor Shazwan (anak sedara roomate)
~ NARUTO!
(okay fine, aku pun nak jugak. haha)

Aleeya Natasha (adik bongsu rakan)
~ BARBIE DOLL!
(hmm.. dah elok-elok jadi orang, nak jadi patung??)

Abdul Razin (adik lelaki, masa dia 6 tahun)
~TUKANG ISI MINYAK DEKAT STESEN MINYAK
(katanya sebab orang tu asik dapat duit banyak cash. memang laaaa! tapi bukan duit dia laaaa! haha)

Abdul Raziq (adik lelaki bongsu, tak ingat umur berapa sebab dia sentiasa bayi di hati kami semua. hehe)
~ SINGA!
(erkkk. speechless)

Dan antara jawapan-jawapan yang sama menerujakan tetapi lebih logikal siap ada sebab..

Siti Aisyah (adik kawan jugak)
~POLIS.. sebab nak tembak semua orang jahat
(hmm.. dik, tak payah tembak, tangkap je kot pun boleh. hehe)

Aiman (anak sedara kawan, comel sangat!)
~ DOKTOR.. sebab nak tolong orang sakit bagi sihat!
(alolo, baik nye leh buat menantu akak ni! XP)

Taufik (anak siapa ntah, saja je tanya dia. ehehe)
~ CIKGU.. sebab ayah kita pun cikgu!
(anak abah sangat! heee geram *cubit cubit*)

Sirhan Hadi (sepupu paling muda, anak Acuwa)
~ASKAR!
Me : Kenapa askar A'an? *fully interested* (what we called him, A'an)
Him : *diam sambil menghisap jari dan merenung Kak Bella nya selama dua saat kemudian ignore dan lari pergi main basikal*
Me : Haish. *hampa*

Tapi jawapan yang paling BEST, tak dapat dilupakan:

Me :
Besar-besar nak jadi apa Ammat? (Ahmad Syakirin Hamdi, abang kpd A'an)

Ammat : Nak jadi
BAIK macam Kak Bella!! *kemudian memeluk kaki Kak Bella nya*

Me :
Hehehe. Pandainye! *bagi duit raya dan sweets kat Ammat*

TRUE STORY. - Barney Stinson.


KESIMPULAN : Budak-budak memang comel. Saya suka budak-budak. XP
Read More

ROMAN PICISAN - (FOR MY SQUINTY EYED-BUNNY)

First of all, no, this post unfortunately have no co-relation with the group Dewa 19’s song which is super haunting. Hanya sebuah picisan bosan mengenai seorang Nobby yang tiba-tiba kicked in the “jiwang-gear”.

Amaran : Sesiapa yang tidak gemar, sensitive, alergi atau memang plainly menyampah dengan ayat-ayat jiwang- it is advisable to navigate away from this page sebelum anda muntah darah. Hehe. :P


The Unrelated Ramblings:

Sebenarnya bukan susah nak mencari cinta. Cinta itu ada di mana-mana. The male species, actually, despite being steadily depleting, are everywhere and willing to spend time and money on a woman. Or in some cases, women. Tapi bagi aku apa yang susah sekali ialah mencari orang yang aku suka serta merta. LOVE AT THE FIRST SIGHT. Oh! The great dream of every girl!

Selama ini aku suka seseorang itu selepas beberapa lama mengenali mereka. Even ada yang pada mulanya aku fikir “Ceh, bagi free pun tak teringin!” tapi last-last terkena batang hidung sendiri sebab jadi bf aku jugak. Ehehehe.

Tapi seriously, I want that Love at the First Sight. Aku tak pernah berangan-angan macam mana rupa yang aku nak, walaupun tipu lah kalau aku cakap tak pernah buat senarai ciri-ciri idaman (Eleh, apa gelak-gelak? Aku tau korang pun buat! Kan? Kan? Haha). Nak mata sepet lah, nak ada goatee lah, nak botak lah, nak badan hot la, nak tinggi lah, nak pakai glasses lah, nak pandai dressing lah, nak yang sweet romantic and caring lah..blah blah.. Tapi betul apa orang cakap, apa yang kita nak tu yang sebaliknya akan datang. Tapi tak apa sebenarnya. Bila dia saying kita tu dah cukup :)

(By the way , inilah masalah terbesar orang perempuan, always settle down for the “okay-type” when actually, she deserved better..!)

The Actual Thing:

Tapi, akhirnya, pada usia 22 tahun 5 bulan, this girl finally found that Love at the First Sight. It’s a bit unreal and unintended meeting, nevertheless FATEFUL. I was literally screaming in excitement in the toilet after meeting him. It feels like- I dreamed him into life! What exactly in my thoughts was- even if he somehow disliked or uninterested of me, I would not mind. And since I had nothing to lose, I keep my cool and be myself in front of him. Our time together was short, but my friends said, I glowed in happiness for several days. XD

Dan sepertimana lagu Roman Picisan- Dewa 19 itu, the experience was hauntingly beautiful. I love what I saw ON him, and after a long long chat, I started to love what I saw IN him. Thank you Rayray. Thank you for giving me the chance to feel that Love at the First Sight. It’s okay if we end up with someone else, I was happy enough to know that this Ice Queen can actually MELTS. <3
Read More

Sunday, January 29, 2012

Sihat ke? Dah makan?

(dengan nada mendatar seperti orang umumkan penajaan)- post ini ditaip khas untuk seorang pembaca blog yang setia nun di Penang sana. Dengan ucapan : "sihat ke? Dah makan?" haha.

Sihat ke? dah Makan? is the most common greeting question i often receive as sms. Sometimes I choose to ignore and move on to the next question, purposely because (1) I think its too trivial, the fact that I'm right here NOT complaining anything about my health or hunger level is the explicit sign of "yes, I am perfectly healthy and kenyang gler", or (2) Simply not interested to answer because I had something else in my mind. And aku perasan, only GUYS did this.

Kadang2 org tu insisted me to answer, sampai aku tertanya2.. Kenapa? perlukah? We had move on to another more interesting subject kenapa mesti "u tak jawab soalan i tadi. Sihat ke? dah makan?" Well, if im not feeling ggod I wont be answering your text messages, I'll be ignoring u and tido lagi bagus. And if im hungry, I'll find myself something decent to eat. So, all the boys out there yg suka tanya "Sihat ke? Dah makan?" I have a proposal for you.

NUMBER 1 : I know u are caring and all, but try to make it much much more interesting. Example, rather asking "Sihat ke? Dah makan?", try this.. "Im having nasi lemak rendang ayam as breakfast, Sedap sgt! What's yours? '. haaa kan macam seronok tu! cara yg menarik nak tanya dah makan ke belum kan kan kannn , OR "I woke up this morning juz to see my right eyes reddened, sakit mata kot. Please take care of yourself k?".. and the girl will go like "are you okay??Don't expose your eyes to too much light okay? Im fine btw".. Girls are future mothers, they'll go soft if you got hurt or slightly unwell.. :) tapi JANGAN TIPU!

NUMBER 2 : Daripada tanya dia sihat ke dah makan ke.. tanya la aktiviti dia hari ni.. that's te most simple way to show you care! and take note of her daily activities, show her that u actually LISTEN to her.. :) or even suggest a few fun activities that actually a part of your own routine.. bosan la kalau kitorang je yg cerita.. kan? nak tahu jugak apa aktiviti guys ni.. since u guys live in Mars kan. hahaha

Okay itu sahaja. Until next time (bila aku rajin balik. hehe) Take care, Earthlings!
Read More
Powered by Blogger.

Recent Posts

Ai Yam Miz Sat Drivah

© 2011 Nama Saya Nabeela, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena